Viral

Penunggang motosikal ‘cium’ jalan, kereta brek mengejut di KL

Penunggang itu dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu berkenaan yang memandu secara berbahaya

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Tular satu video melibatkan seorang pemandu kenderaan jenis Honda Accord dipercayai dengan ‘kasar’ membuli seorang penunggang motosikal di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada Ahad lalu, namun tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian.

Melalui video itu pemandu dan penunggang motosikal berkenaan pada mulanya dilihat tidak berpuas hati antara satu sama lain di tengah-tengah jalan raya.

Pemandu itu juga dilihat memandu dengan cara berbahaya apabila dilihat memperlahankan kenderaannya beberapa kali sehingga menyebabkan kereta lain di belakangnya terpaksa memberikan ruang dan memperlahankan kenderaan mereka.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Dalam video berdurasi lebih seminit itu juga, kenderaan tersebut dilihat secara tiba-tiba menukar laluannya ke lorong tengah sebelum menekan brek secara sehingga menyebabkan motosikal itu terjatuh kerana tidak sempat mengelak.

Penunggang motosikal berkenaan kemudiannya jatuh tersungkur di tengah-tengah jalan raya.

Lebih menyakitkan hati, pemandu tersebut terus meninggalkan tempat kejadian tanpa rasa bersalah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian membabitkan dua kenderaan itu berlaku pada pukul 9.19 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa suspek seorang lelaki tempatan yang memandu di lorong pertama manakala mangsa seorang lelaki tempatan menunggang di lorong kedua.

“Kedua-dua mereka bergerak dari arah Pusat Bandar Kuala Lumpur menghala ke Mid Valley.

“Semasa di lokasi kejadian, suspek telah memandu secara melulu serta merbahaya dengan mengubah haluan ke lorong kedua dan membrek secara mengejut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Sarifuddin, mangsa yang gagal mengawal motosikalnya telah melanggar belakang kereta terbabit sebelum terjatuh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button