Berita

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh lori di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE)

Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM 277.1 (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan semalam.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata siasatan awal mendapati penunggang motosikal berusia 45 tahun itu bersama pemboncengnya dalam perjalanan dari Seremban ke Nilai untuk bertemu rakan apabila kemalangan berlaku pada jam 1.15 tengah hari.

“Penunggang motosikal itu dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah lori yang rosak di lorong kecemasan.

“Kedua-dua penunggang dan pembonceng terjatuh ke atas jalan. Mangsa kemudian dirempuh oleh sebuah lagi lori yang datang dari arah sama,” katanya seperti dipetik oleh Bernama hari ini.

Penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng berusia 50 tahun cedera di tangan kanan dan menerima rawatan di lokasi kejadian oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Nilai.

Pemandu lori kedua pula dipercayai melarikan diri dari tempat kejadian.

Artikel Berkaitan

Back to top button