BeritaJenayah

Peragut maut sejurus selepas meragut beg tangan wanita.

Seorang peragut berusia 32 tahun meninggal dunia hari ini sejurus selepas meragut beg tangan seorang wanita yang membonceng motosikal di Batu Kawa, Kuching.

Ketua Polis Padawan, Irwan Hafiz Radzi, berkata suspek telah meragut beg tangan mangsa, yang membonceng motosikal bersama anaknya yang ditunggang oleh suaminya pada kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Suspek kemudian cuba melarikan diri tetapi melanggar pintu pagar logam Kem Pasukan Gerakan Am di Batu Kawa. “Pegawai perubatan mengesahkan bahawa suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan

Back to top button