Berita

Perbaharui lesen memandu, cukai jalan secara ‘online’ bermula 1 Feb

Ia akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat awal hanya melibatkan kenderaan persendirian individu

SHAH ALAM 2 Jan – Pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor melalui aplikasi MyJPJ boleh dilakukan mulai 1 Feb ini.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata ia akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat awal hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara).

“Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter JPJ,” katanya dalam ucapan semasa lawatan di JPJ Selangor.

Beliau berkata, bagi menggalakkan penggunaan e-LMM, kerajaan akan memberikan rebat RM5 kepada orang ramai yang memperbaharui lesen memandu secara digital yang akan dinikmati hingga 31 Dis.

Artikel Berkaitan

Back to top button