Berita

Perolehan, kos vaksin Covid-19 dikesan tidak ikut peraturan – PM

Kementerian Kesihatan akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin Covid-19 di Parlimen.

PUTRAJAYA, Feb 9 — Kementerian Kesihatan akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin Covid-19 di Parlimen, bermula 13 Februari ini.

Pembentangan itu akan turut meliput kos berkaitan yang dikesan tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri-menteri yang terlibat dipercayai menandatangani pembelian vaksin itu ketika tempoh pandemik bagi tujuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICk) tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.

Belaiau berkata, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa akan memberikan perincian secara lanjut berhubung perkara itu.

“Kita mendapati (pembelian dan kos vaksin) tidak mengikuti peraturan, transaksi yang diluluskan tidak mematuhi proses sebenar.

“Sebahagian perolehan vaksin menimbulkan persoalan berhubung angka dan kos, dan perkara ini perlu dibentangkan di Parlimen,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Bangunan Perdana Putra, di sini, semalam.

Artikel Berkaitan

Back to top button