Perwakilan Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin

KUALA LUMPUR 12 Mac – Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali kelima hari ini menolak peletakan jawatan Tan ri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu.
Usul dibawa Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu dipersetujui dan mendapat tepukan gemuruh oleh lebih 2,000 perwakilan yang hadir.
Ia turut disokong Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang kemudiannya disahkan oleh Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.
Ahmad Faizal berkata, pengorbanan Muhyiddin tidak boleh dipertikaikan kerana pelbagai tekanan sudah dikenakan kepada beliau termasuklah pemecatan dalam jawatan kerajaan.
“Beliau pernah dipecat dengan mendadak dan hari ini, beliau dituduh dengan penuh kezaliman.
“Abah (Muhyiddin) kita akan sentiasa bersama kita dan ini adalah masa untuk beliau bersama kita,” katanya. – Berita Harian