Berita

Pesawat ringan kendalian Kelab Penerbangan Subang mendarat cemas di kawasan lapang berhampiran Pelabuhan Klang

SEBUAH pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 kendalian Kelab Penerbangan Subang melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan lapang berhampiran Pelabuhan Klang, petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazam Mahmud memberitahu, pesawat bernombor pendaftaran 9M-ANA, dinaiki dua individu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 2.50 petang.

“Menara kawalan Subang menerima panggilan kecemasan lapan minit kemudian,” katanya dalam kenyataan.

Norazam memberitahu, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCCM) CAAM di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan pada jam 3.10 petang bagi tujuan koordinasi mencari dan menyelamat.

Kes itu katanya, disiasat Bahagian XXIII Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan status kedua-dua individu berkenaan mahupun punca pesawat itu melakukan pendaratan cemas.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button