PM bakal umum berita baik, warganet teka tol percuma
Ramai yang berharap berita baik tersebut adalah tol percuma.

KUALA LUMPUR 12 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan perkara itu melalui ciapannya di Twitter, semalam.
“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Da Susulan itu, beberapa komen yang ditinggalkan warga Twitter terhadap ciapan Kor Ming itu turut berharap berita baik itu adalah berkenaan pemberian tol secara percuma.
Seorang warganet, Nur Fazira Husin berkata, berita baik itu mungkin membabitkan pengumuman tol percuma sempena cuti hari raya Aidilfitri.
“Ini mesti tol percuma seluruh Malaysia atau cuti raya tambahan,“ katanya.
Sementara bagi Alwi Azman juga meneka Perdana Menteri akan mengumumkan tol percuma sempena cuti hari raya.
“Terbaik la PM kita. Rasanya boleh teka macam tol percuma. Itu pun dah cukup baik,” katanya.
Bagi Afiq Ross, dia berharap rakyat lebih gembira menjelang hari raya Aidilfitri dengan berita baik yang bakal dikongsi Perdana Menteri itu.
“Alhamdullilah, semoga berita baik ini buat rakyat gembira mnjelang hari raya aidilfitri yang bakal tiba,” katanya.