Berita

PM bertemu pelakon terkenal India Kamal Haasan, bertukar pandangan industri filem

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu dengan pelakon terkenal India Kamal Haasan, yang kini berada di Malaysia dalam rangka bagi mempromosikan filem ‘Indian 2’ pada Jumaat.

“Dalam sela-sela tugasan rasmi, saya sempat meluangkan masa bersama seniman dan ‘superstar’ tersohor India, Kamal Haasan.

“Kesempatan yang ada kira-kira 30 minit itu, digunakan untuk berbicara dan bertukar pandangan terkait industri perfileman termasuk ketegasan terhadap rasuah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kamal, 70, berada di ibu negara untuk mempromosikan filem ‘Indian 2’, iaitu sekuel filem blockbusternya pada 1996 ‘Indian’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Filem ‘Indian’ yang dikeluarkan pada 1996, menampilkan Kamal sebagai pejuang kemerdekaan memberontak menentang rasuah di India sekali gus mewujudkan konflik dengan anaknya yang terlibat dalam amalan rasuah.

Filem itu menjadi filem Tamil yang menerima kutipan tertinggi selepas ditayangkan, serta merupakan penyertaan India untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi pada 1996, walaupun ia tidak menerima pencalonan.

Beliau terkenal kerana menyampaikan mesej rakyat melalui filem dan naratif semasa membolehkan filem dilakonkan beliau dan industri berkenaan mendapat sambutan hangat sehingga kini.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button