PM umum berita baik jam 2 petang hari ini
Sidang media Perdana Menteri itu dijangka disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial termasuk Facebook PMO.

KUALA LUMPUR 18 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan berita gembira buat rakyat Malaysia pada jam 2 petang hari ini.
Sidang media Perdana Menteri itu dijangka disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial termasuk Facebook PMO.
Perdana Menteri dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Jumaat lalu menjelaskan beliau akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.
Kenyataan Anwar itu sekaligus menarik perhatian ramai dengan ada yang menjangkakan pengumuman tol percuma sempena Aidilfitri minggu ini.
Pada Selasa lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter memaklumkan yang Perdana Menteri dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini.
“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” ciapnya.