Santai

PMC X Mokky’s Hasilkan T-Shirt Piza Edisi Terhad

Gabungan dunia fabrik dan makanan seringkali tidak mengecewakan dengan setiap kali pengeluaran item atau menu eksklusif dikeluarkan.

Kali ini, Mokky’s Pizza dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama pertamanya bersama jenama streetwear tempatan Pestle & Mortar Clothing (PMC), dengan menghasilkan sebuah baju yang direka khas dan terhad!

Ketua Pegawai Eksekutif Mokky’s Food Service, Umar Abdul Aziz, berkata kolaborasi yang diadakan tersebut adalah sempena ulang tahun pertama premis kedai piza ala New York, yang digabungkan bersama minuman kopi.

Hugh Koh, Pengasas Bersama PMC, menunjukkan salah satu menu dari Mokky’s Pizza.

“Kami sangat berbangga dengan projek ini. Kami tidak menyangka dapat menguruskan acara yang begitu berjaya semasa kami meraikan ulang tahun pertama sejak memulakan perniagaan pada Julai 2023.

“Kami pasti akan menjalin lebih banyak kerjasama pada masa hadapan untuk memastikan jenama kami dikenali secara meluas,” katanya.

Pengeluaran baju edisi terhad PMC tersebut tercipta apabila Pengasas Bersama, Muhammad Azfar Abdul Aziz melihat ia memiliki elemen yang kuat sebagai pemain utama dalam komuniti streetwear.

T-shirt PMC X Mokky’s yang hanya dikeluarkan dalam jumlah bilangan yang terhad

“Idea untuk kerjasama ini muncul kerana PMC adalah pemain utama dalam komuniti streetwear, dan jenama itu sendiri mempunyai kekuatan yang tersendiri,” ujarnya.

Kerjasama inovatif tersebut juga sedikit sebanyak dapat memperlihatkan perbezaan restoran Mokky’s dan premis-premis yang lain sebagai peneraju dalam landskap kulinari tempatan.

Sebanyak 150 helai T-shirt eksklusif bakal tersedia untuk dibeli pada harga RM119 setiap satu bermula 27 Julai. Bahkan 100 orang pelanggan pertama juga akan menerima keychain edisi terhad Mokky’s x PMC secara percuma.

Kolaborasi yang diadakan tersebut adalah sempena ulang tahun pertama premis kedai piza ala New York

Bagi meraikan perkongsian itu, sebuah acara tertutup telah diadakan di Mokky’s Bukit Tunku dari pukul 7 petang hingga 10 malam pada 23 Julai lalu.

Acara berkenaan juga dihadiri oleh barisan media, influencer, pelanggan VIP dan rakan-rakan. Tetamu turut menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuklah “Customize Your Own Pizza Toppings” dan “Draw Your Dream Pizza Box”.

Oleh itu, penduduk Bukit Jelutong dan Bukit Tunku kini dapat T-shirt Mokky’s x PMC edisi terhad sambil menikmati rasa autentik piza gaya New York bersama minuman kopi premium yang disediakan.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button