Berita

Polis sahkan kematian Zayn akibat kesan jerutan pada leher

Keputusan diperoleh itu hasil bedah siasat yang dijalankan pada 7 Disember lalu.

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Polis mengesahkan kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, adalah disebabkan kesan jerutan pada leher mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa.

“Prosedur bedah siasat dijalankan pada 7 Disember lalu di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor mendapati mangsa maut akibat jerutan pada leher.

“Kes kini telah direklasifikasikan semula daripada mati mengejut kepada siasatan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Mohamad Fakhrudin, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi dan menyebarkan maklumat palsu kerana bleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kehilangan mangsa boleh tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung terus ke Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Orang ramai juga oleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBJSD), Deputi Superintenden Muhammad Yusof Ahmad (013-9760019); Pegawai Penyiasatan Kanan, Asisten Superintenden Mohd Hafizee Ismail (013-3587571) atau Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin (017-5316415). — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button