Berita

Polis sahkan terima laporan Taib Mahmud dilarikan dari hospital tanpa kebenaran doktor

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi

KUALA LUMPUR 5 Feb – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.

Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

‘’Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

‘’Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,’’ katanya.

Baru-baru ini tular satu laporan polis yang mendakwa Tun Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching. – Awani

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button