Jenayah

(VIDEO) Polis siasat video buli di sekolah di Kuala Krai

Polis menerima aduan dari bapa mangsa buli berkenaan semalam

KUALA KRAI 19 Sept – Polis menyiasat satu kejadian buli yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah rendah di Kuala Krai selepas video kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Krai Suzaimi Mohamad berkata, polis turut menerima satu laporan daripada bapa murid yang menjadi mangsa buli itu semalam.

Katanya, hasil siasat awal kejadian itu berlaku pada 14 September lalu dan mangsa dilaporkan dipukul dua murid lain ketika berada di luar bilik darjah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

“Dua murid yang memukul mangsa dikenal pasti pelajar berusia 11 tahun yang juga belajar di sekolah yang sama.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesan lebam pada badan,” katanya.

Katanya, semua murid terbabit akan dipanggil ke IPD Kuala Krai untuk dirakam keterangan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan akan dilakukan merangkumi semua aspek.

“Dalam masa sama, kejadian ini juga sudah dimaklumkan kepada pihak sekolah dan tindakan sudah diambil,” katanya.

Terdahulu, satu video memaparkan dua murid lelaki membuli rakan mereka di belakang bangunan sebuah sekolah tular di Facebook dan Twitter hingga mencetuskan kemarahan warganet. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Back to top button