BeritaViral

Polis siasat video kereta dipandu secara berbahaya di Genting

Polis sedang menyiasat sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan didakwa memandu secara berbahaya di selekoh jalan di Genting Highlands.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Kahar, berkata pihaknya menerima klip video berdurasi lapan minit 23 saat mengenai kejadian itu melalui Facebook Messenger semalam.

“Polis telah membuka kertas siasatan dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaiham berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah dan menggesa saksi untuk membantu dalam siasatan.

“Polis akan menjalankan operasi bersepadu di kawasan tersebut, terutama pada hujung minggu dan cuti umum, kerana kami telah menerima laporan dan aduan bahawa lokasi ini sering digunakan oleh pemilik kenderaan untuk perhimpunan serta aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam dan pengguna jalan raya,” katanya.

Artikel Berkaitan

Back to top button