Polis sudah kenal pasti 5 suspek rogol wanita bergilir-gilir di Wangsa Maju
Polis sedang berusaha mengesan lokasi kesemua suspek
KUALA LUMPUR 1 September – Polis sudah pun mengenalpasti lima lelaki dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang wanita di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Wanita itu bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki, malah rakaman video mangsa ketika perbuatan terkutuk tersebut turut dilakukan kumpulan tersebut.
Kejadian tersebut menimpa seorang wanita berusia 27 tahun kira-kira pada pukul 3.30 pagi di kediamannya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mangsa yang sedang tidur terjaga selepas mulut dan tangannya diikat oleh suspek.
“Mangsa telah diperkosa bergilir-gilir selepas diikat oleh suspek. Suspek kemudian melarikan diri selepas perbuatan terkutuk itu.
“Selepas memperkosa mangsa, mereka terus melarikan diri menyebabkan dia cedera di tangan dan bibir,” katanya.
Trauma dengan kejadian itu mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya.
Polis turut mengesan seorang saksi kejadian bagi membantu siasatan kes rogol berkumpulan berkenaan.
Individu berkenaan dikenali sebagai Muhammad Nuraffiq Jaafar, 29, dan beralamat di PPR Laksamana, Cochrane 2, Jalan Peel, Kuala Lumpur.
“Kita sedang mengesan lelaki terbabit yang dipercayai dapat membantu siasatan kes ini.
“Justeru, kita minta mohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki ini untuk tampil membantu siasatan polis,” katanya.
Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252.
Pihak polis sudah mengenal pasti suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan usaha mengesan sedang dijalankan.
Suspek sedang dikesan selepas melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Xklusif