Jenayah

Polis tembak mati penjenayah di Rawang

Polis menembak mati seorang lelaki yang mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah di Jalan Bandar Bukit Beruntung, Rawang di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketika kejadian, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berbalas tembakan dengan suspek berusia 36 tahun.

“Dalam kejadian itu, lelaki terbabit dipercayai enggan memberhentikan kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button