Berita
Poster Mat Sabu minta contohi AS isu beras disahkan fitnah
Poster itu tular di media sosial dan mendapat respons negatif warganet sebelum ini.

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan ada mengeluarkan poster berbentuk kenyataan menteri mengulas mengenai isu beras yang tular ketika ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, poster itu adalah fitnah dan tidak betul.
“Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan selanjutnya.
“Orang ramai dinasihatkan menyemak dahulu kesahihan semua kandungan ditularkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya. — Bernama