Politik

PRK DUN Sungai Bakap: Pertembungan satu lawan satu antara PH dan PN

Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada 6 Julai ini.

Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim, mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon PH, Johari Ariffin, 60, pada jam 9.03 pagi, sebelum disusuli calon PN, Abidin Ismail, 56.

Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua calon itu layak bertanding dan tiada bantahan diterima daripada mana-mana pihak.

Tidak lama kemudian kira-kira jam 10.10 pagi, Khairulnizam mengisytiharkan Dr. Joohari dan Abidin adalah dua calon yang layak bertanding.

Terdahulu proses penyerahan borang pencalonan berakhir jam 10 pagi di Dewan Serbaguna Jawi di sini.

Sepanjang tempoh pusat pencalonan dibuka, hanya wakil PH dan PN mengemukakan kertas pencalonan masing-masing sebaik dibuka jam 9 pagi.

PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin, 60; manakala PN menamakan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56.

Terdahulu Joohari tiba di pusat penamaan calon diiringi ratusan penyokong dan pimpinan PPH terdiri daripada Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

erdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Artikel Berkaitan

Back to top button