Berita

PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor akan diadakan pada hari Sabtu, 9 September depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas, hari ini.

Menurut Abdul Ghani, tarikh penamaan calon bagi PRK untuk kedua-dua kerusi tersebut pula akan dilaksanakan pada 26 Ogos.

Katanya, pengundian awal pula ditetapkan pada 5 September.

PRK bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka kerana kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button