Berita

PRN: Lebih 45 peratus keluar mengundi awal setakat 10 pagi, Kelantan, Kedah paling ramai

Kelantan dan Kedah merekodkan peratusan tertinggi iaitu  45 peratus, diikuti Pulau Pinang 42 peratus manakala Terengganu, 41 peratus.

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Peratusan keluar mengundi bagi undi awal di enam negeri yang mengadakan pilihan raya negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah lebih 30 peratus setakat 10 pagi ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kelantan dan Kedah merekodkan peratusan tertinggi iaitu  45 peratus, diikuti Pulau Pinang 42 peratus manakala Terengganu, 41 peratus.

Negeri Sembilan pula merekodkan 40 peratus; Selangor 37 peratus manakala peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 34 peratus.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button