Ekonomi

Program CB-Prihatin, sumbangan dan inisiatif berterusan CBP bantu mangsa letupan gas Putra Heights

Co-opbank Pertama (CBP) terus menghulurkan bantuan kepada mangsa letupan gas di Putra Heights yang berlaku pada 01 April 2025.

Melalui Program CB-Prihatin, CBP telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM 5,000 kepada Masjid Putra Heights baru-baru ini.

Selain itu, CBP turut mengambil inisiatif lain bagi membantu mangsa letupan gas ini melalui sumbangan yang akan dihulurkan menerusi langganan produk berasaskan fi.

Antara produk yang terlibat adalah Takaful CBP Protect, Takaful CBP Smart Care, Takaful CBP Kenderaan, Takaful CBP Idaman, Takaful CBP Idaman Plus, Penulisan Wasiat dan CBP Amanah Pusaka.

Tragedi Putra Heights Cerminan Amaran: Infrastruktur Perlu Dipantau, Nyawa Jadi Taruhan
Tragedi leteupan gas di Putra Heights

Ketua Pegawai Komersial CBP, Mohd Faris Kamarudin berkata, CBP akan menyalurkan bantuan ini kepada Tabung Selangor Prihatin bagi membantu mangsa letupan gas ini sepanjang tempoh program iaitu bermula 01 Mei sehingga 30 Jun 2025.

“Program ini adalah seiring dengan prinsip koperasi iaitu prihatin terhadap komuniti dan setiap langganan produk berasaskn fi akan disalurkan khususnya untuk meringankan beban mereka yang terkesan”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Rakan strategik CBP iaitu Zurich Takaful Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas Family Berhad, Rakyat Trustee Berhad dan My Angkasa Amanah Berhad turut menyokong program ini melalui sumbangan mereka berdasarkan jumlah bilangan langganan produk berasaskan fi.

Melalui inisiatif ini, CBP akan terus memainkan peranan dalam menyokong masyarakat sekeliling disamping menyemai keprihatinan kepada pelanggan CBP melalui langganan produk berasaskan fi.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, pelanggan boleh kunjungi cawangan CBP diseluruh negara atau boleh hubungi talian khidmat pelanggan.

Artikel Berkaitan

Back to top button