PRU 15: ‘Kita jaga Sungai Buloh!’ -KJ

KUALA LUMPUR, Nov 3 – “Saya mahu dengar sendiri daripada penduduk Sungai Buloh apa yang penting dalam hidup mereka dan apa isu yang mereka hadapi. Itu jaminan Menteri Pendidikan Khairy Jamaluddin yang dicalonkan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Sungai Buloh untuk Pilihan Raya Umum ke-15, nanti.
Menurut penyandang kerusi Parlimen Rembau itu, beliau mempunyai matlamat untuk memberi nafas baru dengan pelbagai usaha penambahbaikkan di Sungai Buloh seperti mana yang pernah dilakukan di Rembau sejak tiga penggal lalu.
“Saya mahu lakukan yang terbaik untuk Sungai Buloh seperti mana yang saya lakukan di Rembau dulu. Jadi setelah saya jaga kawasan kampung (Rembau) selama 30 tahun, saya sudah bersedia untuk cabaran baru.
“Saya ingin ke bandar dan berjuang untuk kawasan bandar. Sungai Buloh perlukan tawaran baru untuk selesaikan pelbagai isu yang penduduk hadapi khususnya orang bandar.
“Saya akan kerja kuat untuk anda. Saya akan bawa suara orang Sungai Buloh kepada Parlimen dan saya hendak dengar sendiri dari orang Sungai Buloh apa yang penting dalam kehidupan anda. Saya berharap orang Sungai Buloh akan beri saya peluang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran video yang dimuatnaik di laman rasmi Instagramnya, di sini, hari ini.
Khairy berkata lagi, beliau akan melakukan perubahan dan penambaikkan yang besar untuk Hospital Sungai Buloh sekiranya dipilih sebegai wakil rakyat di Sungai Buloh.
“Ada yang cakap saya bertanding di Sungai Buloh kerana di sini ada hospital. Tapi di tempat lain pun ada juga hospital. Namun, jika saya menang saya akan lakukan perubahan penambahbaikkan yang besar untuk Hospital Sungai Buloh.
“Tapi itu bukan satu-satunya sebab saya ke Sungai Buloh. Saya sudah tiga penggal jadi wakil rakyat di Rembau dan disitu ada kawsan kampung dan pinggiran bandar,” katanya.
Menurutnya, beliau sudah pun lakukan yang terbaik untuk membangunkan Rembau, namun sudah tiba masanya BN untuk mewakili suara seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kawasan.
“Saya melihat ‘trend’ masa depan Malaysia sudah ramai yang berhijrah ke bandar dari kampung seperti Rembau. Malaysia juga sudah mencapai 77 peratus kadar urbanisasi.
“Saya tahu di banyak kawasan bandar BN tidak menjadi pilihan pengundi, tapi jika BN mahu berubah ke arah yg lebih, baik kita mesti berani untuk tawar khidmat kita di kawasan baru.
“Kita tidak boleh hanya menjadi wakil di kawasan kampung. Kita perlu wakilkan semua rakyat Malaysia. Bila kita wakili org bandar, polisi pun banyak tertumpu untuk isu di bandar,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menidakkan pembangunan di luar bandar atau pendalaman yang mana turut penting untuk kesejahteraan semua pihak.
“Jangan kita ingat semua yang duduk di bandar ini senang. Kehidupan di bandar sangat mencabar dengan isu kos sara hidup, kos rumah, akses ke klinik kesihatan, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, banjir kilat, alam sekitar dan banyak lagi.
“Mengambil kira semua isu berkenaan, saya akan beri cadangan melalui manifesto Sungai Buloh yang saya akan beri beberapa hari lagi,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Xklusif di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memberi maklum balas positif dan tidak sabar untruk melihat pembahuruan yang bakal Khairy bawa di Sungai Buloh.