Uncategorized

PRU15: 16 Ikrar Calon BN untuk Sungai Petani

SUNGAI PETANI, Nov 10 — Calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berikrar untuk melaksanakan 16 projek pembangunan untuk dinikmati oleh penduduk tempatan.

Menurutnya, antara ikrar tersebut ialah, membina sebuah kompleks sukan, membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), menubuhkan sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Selain itu, beliau juga berikrar untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Kampung Batu Dua, membina jambatan yang menghubungkan Pantai Merdeka dengan Tanjung Dawai serta mendirikan sebuah sekolah menengah dan sekolah rendah di Sidam.

“Saya juga akan berusaha untuk menaikkan taraf capaian internet di kawasan luar bandar.

“Perumahan rakyat untuk nelayan generasi ketiga serta penyediakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kuala Muda,”jelasnya.

Beliau berkata pihaknya melalui parti BN mampu melaksanakan projek-projek tersebut sekiranya BN menang dan dapat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu nanti.

“Banyak projek pembangunan telah saya bawa masuk di Sungai Petani semasa menjadi Senator Dewan Negara tidak lama dahulu.

“Semasa bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sebelum Parlimen dibubarkan pun banyak projek menarik yang memberi manfaat kepada penduduk dapat dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Justeru itu, saya minta, pengundi di Sungai Petani  bagi saya peluang untuk lakukan perubahan di sini memandangkan penyandang kerusi ini tidak dapat melaksanakan perubahan yang besar pada Sungai Petani.

“Saya yakin rakyat di Sungai Petani dapat menikmati pelbagai kemajuan dan kemudahan infrastuktur sekirannya BN menang pada PRU15 ini,” ujarnya.

Les médicaments pour l’hypertension jouent un rôle crucial dans le contrôle de cette affection. Ils permettent de réduire la pression artérielle et d’éviter les complications qui peuvent potentiellement mettre la vie en danger, telles que les crises cardiaques et les accidents vasculaires cérébraux. Plusieurs classes de médicaments sont disponibles, y compris les diurétiques, les inhibiteurs de l’enzyme de conversion de l’angiotensine (IECA) et les bêtabloquants. Pour plus de détails sur les médicaments pour l’hypertension, veuillez consulter ce lien.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button