Politik

PRU15: BN Pekan fokus agenda isu lokal dan kelestarian Tasik Chini

PEKAN, Nov 17 — Calon Barisan Nasional Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Puzi Sh Ali berazam menyelesaikan isu kelestarian alam sekitar di Tasik Chini dan isu penduduk di kawasan itu khususnya masyarakat Orang Asli jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, dalam isu Tasik Chini khasnya, beliau akui bahawa kerajaan bukanlah sempurna dan harus menerima hakikat bahawa ada membuat kesilapan, namun kesilapan itu bukanlah berpunca dari kerajaan sendiri.

“Seperti di Tasik Chini, apa yang berlaku ialah pengusaha lombong yang mahu mendapatkan keuntungan lebih tanpa memikirkan impak negatif pada alam sekitar’ ujarnya.

“Kerajaan Negeri sudah pun menjalankan pelbagai usaha proaktif bagi memulihkan keadaan di Tasik Chini dan dengan adanya suara saya di Parlimen, saya yakin ia akan membantu dan hanya masa yang akan menentukan kawasan Tasik Chini itu akan pulih.

Katanya, ketika ditemui berkempen bertemu pengundi Orang Asli di Kampung Permatang Kledang.

Beliau juga berjanji akan menyelesaikan masalah hak milik tanah komuniti Orang Asli.

Artikel Berkaitan

Back to top button