Politik

PRU15: Mat Quek janji sediakan Pusat khidmat Rakyat 24 jam

KUANTAN, Nov 16 — Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Indera Mahkota, Datuk Quek Tai Seong atau lebih dikenali sebagai ‘Mat Quek’ oleh penduduk setempat, berjanji akan membina Pusat Khidmat Rakyat 24 jam.

Kemudahan itu bagi memudahkan orang ramai khususnya pengundi Indera Mahkota untuk membuat aduan dan lain-lain urusan.

Menurutnya terdapat keperluan untuk membina Pusat Khidmat Rakyat 24 jam selain atas talian bagi menyelesaikan isu, terutama yang melibatkan orang ramai.

“Kebanyakkan penduduk di kawasan Parlimen Indera Mahkota tinggal di pesisir pantai yang merupakan orang kampung dan nelayan.

“Jika Pusat Khidmat Rakyat yang beroperasi pada waktu pejabat, macam mana hendak membantu orang ramai.

“Sekurang-kurangnya kita memerlukan dua pusat khidmat berikutan keluasan kawasan Parlimen”, katanya.

Beliau juga turut berharap supaya pengundi di Parlimen Indera Mahkota memilih perubahan.

Katanya hanya undi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sahaja boleh menentukan nasib sesebuah kawasan.

“Cukup-cukuplah 14 tahun, bagilah peluang pada saya (BN) pula,” katanya.

Kerusi Parlimen Indera Mahkota yang disandang Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menyaksikan pertandingan empat penjuru pada PRU15.

Saifuddin yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dicabar Datuk Quek Tai Seong daripada Barisan Nasional (BN), Zuraidi Ismail (Pakatan Harapan – PH) dan Dr Mohamad Nor Sundari (PEJUANG).

Artikel Berkaitan

Back to top button