Politik

PRU15: PN Pahang yakin rakyat mula terima parti – Saifuddin

KUANTAN 12 Nov:  Pengerusi Parti Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mendedahkan berlaku gelombang positif apabila rakyat di negeri ini, semakin menerima parti berkenaan.

Menurutnya pnerimaan dan sokongan daripada rakyat itu berdasarkan kempen yang dilaksanakan sepanjang berkempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, setakat ini sambutan yang dianggap luar biasa itu juga melepasi jangkaan parti berkenaan terhadap PN di Pahang.

“Sebab itu saya katakan sudah ada gelombang dalam penerimaan kepada PN dan gelombong itu menolak kerajaan yang sudah lama.

“Sambutan dapat dilihat bukan sahaja di kawasan bandar, malah di FELDA dan kawasan pedalaman yang dianggap luar biasa.

“Di kalangan bukan Islam juga memahami matlamat yang disampaikan PN walaupun ada parti PAS dan ia sudah pasti perkembangan yang sangat menggalakkan kepada PN pada PRU15,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika ditemui ketika menyantuni belia pada kejohanan futsal di Indera Mahkota.

Pada PRU15, PN Pahang akan bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button