Politik

PRU15: Saat akhir kempen, peluang masih seimbang di Pahang

KUANTAN, Nov 16 — Kesemua 11 kerusi Parlimen di negeri ini menyaksikan saingan sengit antara parti yang bertanding iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Hanya tiga kerusi sahaja, yang dianggap ‘kawasan putih’ bagi BN iaitu Pekan, Rompin dan Bera.

Biarpun BN Pahang menampilkan hampir 70 peratus muka baru untuk PRU kali ini, namun bukan semua calon itu dikenali pengundi dan penduduk setempat.

Kerusi parlimen Maran dan Jerantut antara paling kritikal untuk BN selepas pembangkang, terutamanya PN menggunakan calon berprofil tinggi dalam usaha mengurangkan penguasaan BN di Pahang.

Menurut Pengerusi PN Pahang, Saifuddin Abdullah ketika ditanya mengenai proses berkempen sehingga kini berkata, pihaknya yakin dapat memenangi dua kerusi parlimen dan tambahan lapan lagi kerusi DUN.

“Dua kerusi parlimen yang kita jangka boleh menang disandang PH dan BN ketika ini, manakala bagi kerusi DUN pula, kita lihat kepada gelombang sokongan semasa dan boleh gandakan dari jumlah kita miliki sekarang,” katanya.

Pada PRU14, PN hanya memiliki satu kerusi parlimen, kerusi Indera Mahkota yang dimenangi Saifuddin yang bersama PH.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button