PRU15: Saya tak sama macam mereka! – Anwar

KUANTAN, Nov 12 — Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau tidak sama seperti pemimpin politik lain yang korup dan pecah amanah.
Anwar yang juga Presiden Pakatan Harapan (PH), merujuk kepada beberapa pemimpin parti politik yang masih mempunyai kes di mahkamah.
Beliau turut mengulangi komitmennya untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri, dan akan mengurangkan jumlah menteri kabinet yang ada bagi mengurangkan belanja kerajaan.
Anwar berkata demikian dalam ceramahnya di hadapan penyokong Pakatan Harapan pada program Jelajah Presiden Parlimen Indera Mahkota, di Semambu, semalam.
Selain itu, beliau juga menyelar tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang digelar pengkhianat, ketika mengulas tindakan Saifuddin yang memenangi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, bersama parti Pakatan Harapan.
Dalam majlis sama, Anwar turut memperkenalkan calon bagi parti Pakatan Harapan untuk Parlimen Indera Mahkota iaitu, Zuraidi Ismail, calon DUN Semambu, Chan Chun Kuang dan calon DUN Beserah, Zulkifli Mohamed.