Hiburan

PU Riz dedah punca Neelofa murah rezeki walau berniqab

PU Riz bangga dengan pencapaian isteri yang memikat banyak jenama besar melantik dirinya sebagai duta, biarpun berniqab

KUALA LUMPUR 15 Dis – Pendakwah bebas, PU Riz percaya berkat ketaatan isteri, Neelofa terhadap dirinya membuatkan rezeki wanita kesayangannya itu melimpah ruah.

PU Riz atau atau nama sebenar, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, bangga dengan pencapaian isteri yang memikat banyak jenama besar melantik dirinya sebagai duta, biarpun berniqab.

“Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat ketaatan kepada suami dan menjaga syariah.

“Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa yang diterima isteri,” katanya.

Riz sentiasa mengingatkan Neelofa agar mematuhi syariah dalam apa juga perkara termasuk soal penampilan.

Bapa kepada dua cahaya mata itu sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan Neelofa asalkan perkara itu diredai Allah.

“Bagi saya, pelantikan isteri sebagai duta adalah bukti penerimaan orang luar terhadap tuntutan agama.

“Muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan bagi segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka,” katanya mengulas pelantikan isterinya sebagai duta jenama antarabangsa bagi ‘stroller’ jenama Hamilton.

Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 1 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button