Dunia

Putera Mateen berkahwin Januari 2024

Putera Mateen, 32, adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz

BANDAR SERI BEGAWAN 8 Okt – Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dayang Anisha Rosnah Adam awal tahun depan, lapor portal berita RTB Brunei.

Putera Mateen, 32, adalah anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Sering mengambil bahagian dalam acara polo ekuestrian, Pengiran Muda Abdul Mateen pernah memenangi dua pingat gansa untuk Brunei di Kejohanan Sukan SEA.

Pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada Pehin Datuk Isa, penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.

Majlis akad nikah pasangan ini dijadual berlangsung pada 11 Januari. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button