Jenayah

Rakyat Malaysia antara 4 ditahan cuba seludup 662 kg dadah ke Australia

Bungkusan itu baru tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Okt

SYDNEY 12 Okt – Polis Australia menahan empat lelaki selepas 662 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis Pasukan Sempadan Australia pada Khamis berkata bungkusan itu baru tiba di Melbourne melalui kargo laut dari Malaysia pada 4 Okt.

Hasil pemeriksaan, polis menemukan 622 bungkusan teh emas dan hijau, dengan setiap satu seberat satu kilogram yang disembunyikan dalam palet kertas tandas.

Dadah yang dirampas itu dianggarkan hampir AUD560 juta (USD359 juta).

Dua warga China berusia 33 tahun, seorang warga Malaysia, 34, dan warga Hong Kong, 32, ditahan pada Rabu.

Polis berkata dua daripada lelaki itu ditahan di lapangan terbang ketika cuba meninggalkan Australia secara berasingan.

Semua lelaki itu didakwa memiliki kuantiti komersial dadah terkawal yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup. – Agensi

Artikel Berkaitan

Back to top button