Berita

Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina

Mangsa dilaporkan diculih sehari sebelum mayatnya ditemui di San Simon, Pampanga.

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Seorang warga Malaysia yang diculik di Manila, Filipina, kira-kira dua bulan lalu, ditemui mati, dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki, sebelum mayatnya ditemui polis negara terbabit, 23 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa dilaporkan diculik sehari sebelum mayatnya ditemui di San Simon, Pampanga.

Beliau berkata, sebelum kejadian, penculik meminta wang tebusan sebanyak RM330,000 daripada keluarganya yang dibayar melalui aplikasi cryptowallet USDT.

Rentetan itu, katanya polis berjaya mengenal pasti enam suspek selepas JSJK berjaya menjejaki aliran transaksi ke dalam çryptowallet milik seorang suspek yang terbabit dalam kes berkenaan.

“Pada 24 Oktober lalu, Pejabat Atase Polis Malawakil Manila menerima aduan daripada seorang rakyat Malaysia yang memaklumkan adik lelakinya yang bekerja di Manila diculik pada 22 Oktober oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali.

“Kumpulan penculik kemudiannya meminta wang tebusan sebanyak RM330,000 yang kemudiannya dibayar melalui aplikasi cryptowallet USDT.

“Namun pada 23 Oktober, pihak Philippine National Police (PNP) menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang mana diskripsi fizikal dan tatu pada mayat itu sama dengan diskripsi fizikal dan tatu mangsa penculikan,” katanya.

Pada masa sama, Ramli berkata, JSJK kemudiannya menerima permohonan daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk bantuan analisis terhadap aliran transaksi ke dalam cryptowallet milik seorang suspek yang terbabit dalam kes itu pada 9 November lalu.

Beliau berkata, analisis yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Crytocurrency JSJK berjaya mengesan aliran transaksi cryptocurrency terbabit yang dipindahkan ke salah satu ‘exchange’ yang tidak didaftarkan di Malaysia.

“Hasil maklumat diterima daripada ‘exchange’ itu kemudiannya mendedahkan identiti enam suspek warga asing dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes penculikan dan pembunuhan berkenaan.

“Semua maklumat itu diserahkan kepada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk siasatan selanjutnya,” katanya. — Berita Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button