Berita

Rawat rakyat Palestin: ‘Bukan kali pertama Malaysia bantu rakyat negara lain’ – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan langkah seperti membawa rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis mendapatkan perlindungan di Malaysia bukan kali pertama dilakukan.

Menurutnya, bantuan serupa telah diberikan sebelum ini membabitkan rakyat beberapa negara termasuk Vietnam, Afganistan dan Bosnia-Herzegovina sekali gus menjadi bukti keprihatinan Malaysia dalam menghulurkan bantuan membabitkan pergolakan di peringkat antarabangsa.

Katanya, mereka yang terlibat dihantar pulang ke negara asal masing-masing sebaik sahaja konflik selesai atau dihantar ke negara-negara yang menerima kemasukan pelarian.

“Jadi kesimpulannya, Vietnam, Afghanistan, Bosnia Herzegovina dan sekarang ini Gaza (Malaysia bantu).

“Ini boleh mengesahkan satu perkara sahaja, iaitu Malaysia, tatkala sesebuah negara itu menghadapi ujian dan ketidaktentuan yang membawa kepada kehilangan nyawa dan harta benda… kita negara (yang) rekodnya boleh berbicara dengan sendiri, bagaimana kita mainkan peranan kita dengan sangat berkesan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan

Back to top button