Rebat RM40 sebulan kepada miskin tegar
Kerajaan juga bersetuju untuk mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan juga bersetuju untuk mengecualikan bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian subsidi elektrik secara pukal sangat membebankan dan lebih menguntungkan golongan kaya.
Jelas beliau, pada 2022, trend menunjukkan, 10 peratus pelanggan dengan penggunaan elektrik tertinggi menikmati 50 peratus subsidi, sedangkan 50 peratus pelanggan dengan penggunaan elektrik terendah hanya menikmati 10 peratus subsidi yang diberikan.
“Maka sebab itu, bermula tahun ini, kerajaan telah melaksanakan subsidi bersasar dengan melepaskan sebahagian subsidi bagi 10 peratus penggunaan elektrik tertinggi tetapi pada masa yang sama, mengekalkan subsidi yang sama bagi 90 peratus pengguna.
“Pendekatan bersasar ini telah dapat menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.
“Namun, Kerajaan masih menanggung subsidi elektrik 16 bilion ringgit untuk tahun 2023 khususnya bagi pengguna di rumah serta Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Madani Kedua di Dewan Rakyat hari ini. — Xklusif