Dunia

Rempuhan manusia ragut lebih 100 nyawa di Uttar Pradesh

Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.

Kejadian berlaku di kawasan Sikandra Rao di daerah Hathras, kira-kira 180 kilometer (km) dari New Delhi.

Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.

“Apabila saya cuba keluar, terdapat motosikal yang diletakkan di luar yang menghalang laluan saya. Ramai yang pengsan manakala yang lain meninggal dunia,” kata seorang mangsa yang cedera.

Akhbar tempatan meletakkan angka kematian kira-kira 120 orang. Saksi memberitahu pemberita, keadaan huru-hara ketika kejadian dan mangsa yang cedera tidak menerima rawatan perubatan segera.

Mereka juga mendakwa berlaku kecuaian perubatan dan kekurangan peralatan untuk menangani pesakit serius.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath sudah mengarahkan satu siasatan dijalankan mengenai kejadian berkenaan.

“Arahan diberikan kepada pegawai yang berkenaan untuk menjalankan operasi bantuan dan menyelamat dengan segera dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada mangsa yang cedera,” menurutnya dalam satu kenyataan di media sosial.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button