Berita
Ribut petir diramal landa Pahang, Johor, Sarawak
Cuaca buruk itu akan membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru bagi Johor
KUALA LUMPUR 31 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda dua negeri di Semenanjung dan lima daerah di Sarawak hingga 10 pagi ini.
METMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu akan membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru bagi Johor.
“Di Sarawak ia membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Kapit,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik di laman X, hari ini.