Ekonomi

RichWorks mengekalkan rekod lahirkan lebih 50 usahawan capai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun pada 2024

Lebih 50 usahawan Titanium dalam bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya capai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun selama empat tahun berturut-turut.

Menurut Presiden dan Pengasas RichWorks Group, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, kejayaan tersebut berlaku secara konsisten hasil bimbingan dan konsultasi dibuat secara berkala serta berstruktur bagi menyediakan perniagaan mereka alami pertumbuhan meskipun ketika persaingan yang makin kompetitif.

“Alhamdulillah, usahawan-usahawan ini terdiri dari pelbagai industri di Malaysia yang berjaya menjadi pilihan orang ramai.

“Semua ini tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya dimulakan dengan keinginan usahawan itu sendiri, diikuti tindakan berterusan mengikut panduan dan bimbingan diberikan untuk mereka menang dalam pasaran,” katanya ketika berucap pada Inner Circle Meeting-Titan Business Leadership Awards 2025 di sini, malam tadi.

Presiden dan Pengasas RichWorks Group, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif RichWorks, Hasnita Ahmad; Ketua Pegawai Operasi, Suley Nordyana Yahya; Ketua Pegawai Perniagaan, Radz Mohd., Ketua Pegawai Bimbingan dan Pementoran, Hafiz Jasmi; Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon dan Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Wira Dr. Radhuana Salleh.

Hadir sama jemputan dari luar negara, Ketua Pegawai Eksekutif RichWorks Indonesia, Ibu Aryani Firdaus; Ketua Pegawai Operasi, Bapak Rizal Tarigan; Ketua Pesuruhjaya Tetap Bagi Promosi, Pemasaran dan Penjenamaan PKS, Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN), Ibu Pratiwi Astar; Pengerusi Asosiasi Pengembang Perumahan dan Permukiman Seluruh Indonesia (APERSI), Ibnu Tadji H. Nurwendo.

Seramai 224 penerima anugerah daripada 198 perniagaan mendapat pengiktirafan atas pencapaian mereka alami pertumbuhan luar biasa sepanjang tahun 2024.

Bukan itu saja, kelainan pada kali ini pula di mana seramai 173 kakitangan ahli Titanium juga mendapat anugerah atas sumbangan dan komitmen mereka membantu syarikat masing-masing mencapai matlamat yang ditetapkan.

Sementara itu, Azizan juga mengumumkan penubuhan Richworks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG) sebagai entiti baharu, syarikat perundingan strategik untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berpendapatan tinggi di Malaysia.

“RCG ini akan memfokuskan sokongan kepada perniagaan yang sudah mencapai jualan lebih RM1 juta setahun dengan penyelesaian yang lebih komprehensif dan berimpak tinggi untuk PKS di Malaysia malah negara ASEAN.

“RCG merupakan hasil evolusi yang dimulakan daripada RichWorks dalam melatih dan bimbing usahawan di negara sejak 2008 lagi.

“Melalui syarikat ini, kami dapat menyokong PKS pada tahap ‘expansion’ melalui proses transformasi perniagaan dengan mengoptimumkan operasi dan merangka strategi pertumbuhan mampan melalui pasukan perunding berpengalaman.

“Sasaran kami untuk menjadikan RCG sebuah syarikat peneraju perundingan PKS terkemuka di ASEAN dalam tempoh 3 ke 5 tahun akan datang,” jelasnya.

Azizan menambah, bidang perkhidmatan RCG merangkumi analisis prestasi operasi dan kewangan, pembangunan model perniagaan berimpak tinggi dan kepimpinan di samping berkolaborasi dengan agensi kerajaan dan swasta untuk program transformasi PKS.

“Kami menetapkan pelan 5 tahun RCG bagi 2025 hingga 2030 untuk membimbing 500 PKS berjaya mencapai jualan lebih RM10 juta,” ujarnya.

Dalam pada itu, RichWorks juga akan adakan sebuah program khas, Business Success Bootcamp (BSB) yang ditaja 100 peratus pada 19 Februari ini untuk mempersiapkan usahawan-usahawan berdepan sembilan krisis yang dijangka berlaku pada tahun ini.

Baca ini > RichWorks dedah 90% usahawan gagal capai kewangan lebih baik, lancar Program Bina SME

Artikel Berkaitan

Back to top button