Berita

RM50 juta tambah baik perumahan kastam – PM

Beliau turut menjamin pemberian bonus yang lebih baik buat warga kerja JKDM selepas ini, susulan pencapaian membanggakan jabatan itu sepanjang tahun lalu

PUTRAJAYA 23 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menambah baik perumahan warga kerja Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu ditambah RM30 juta, berbanding RM20 juta yang ditetapkan sebelum ini bagi tujuan berkenaan.

Beliau turut menjamin pemberian bonus yang lebih baik buat warga kerja JKDM selepas ini, susulan pencapaian membanggakan jabatan itu sepanjang tahun lalu.

Sepanjang 2023, JKDM mencapai kutipan hasil sebanyak RM55.1 bilion, melepasi sasaran RM53.5 bilion dengan lebihan RM1.6 bilion atau tiga peratus.

“Berikutan prestasi membanggakan JKDM, peruntukan awal RM20 juta ditambah kepada RM50 juta untuk kastam sahaja supaya perumahan mereka kita perbaiki,” katanya berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke-42 di sini, hari ini. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button