Berita

Salah guna kuasa, pengurus beras lembaga pertubuhan di Terengganu direman

Suspek didakwa menyalahguna kuasa dengan meluluskan tuntutan bayaran pembelian pukat dan racun serangga yang mana dia memiliki kepentingan dalam urusan tersebut

KUALA TERENGGANU 16 Jan – Seorang pengurus besar lembaga pertubuhan di negeri ini direman seminggu bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa.

Majistret Yuhanis Mohd. Roslan membenarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an itu selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Suspek didakwa menyalahguna kuasa dengan meluluskan tuntutan bayaran pembelian pukat dan racun serangga yang mana dia memiliki kepentingan dalam urusan tersebut.

Suspek disyaki menggunakan isterinya dengan mengemukakan invois syarikat yang palsu dan perbuatan itu dilakukan sejak 2018 lagi.

Terdahulu, suspek ditahan di pejabatnya di sini kira-kira 12.05 tengah hari semalam. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button