Sanusi ditahan polis pukul 3 pagi
Beliau yang ditahan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

KUALA LUMPUR 18 Julai – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan sepasukan polis jam 3 pagi tadi di bilik penginapannya di sebuah hotel di ibu negara.
Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional di Publika sebelum pulang ke hotel kira-kira pukul 11.40 malam.
Beliau yang ditahan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dipercayai bagi menghadapi pendakwaan di Mahkamah Selayang pagi ini.
Kronologi penangkapan Sanusi turut dimaklumkan menerusi akaun rasmi Facebook Sanusi.
Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menganggap kenyataan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah sebagai menghina instiusi diraja.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin beranggapan kenyataan Muhammad Sanusi juga mempertikaikan kewibawaan baginda memilih menteri besar. — Xklusif