Viral

(VIDEO) Sanusi ‘throwback’ video lama jadi ‘Abang Kumira’, kongsi ilmu jurufoto

Sanusi turut berkongsi ilmu mendapatkan gambar yang baik

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Lari sekejap dari isu politik, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus mencuri tumpuan di media sosial apabila berkongsi kisah dan ilmu dalam bidang fotografi.

Menerusi hantaran pada Facebook, Muhammad Sanusi berkata, untuk mengambil sesuatu foto atau gambar, ia perlu diseimbangkan dengan beberapa elemen.

“Ketika kita mengambil foto, kita perlu seimbangkan beberapa elemen untuk menghasilkan foto yang menarik. ‘Aperture, shutterspeed, ISO dan composition’.

“‘Aperture’, tahan bukaan pada lensa. Bila buka lias, dapat gambar bokeh. Ada keadaan yang tak boleh buka luas. ‘Shutterspeed’, kelajuan shutter.

“ISO, tahap kepekaan sensor terhadap cahaya. ISO tinggi mungkin dapat gambar lebih cerah, tapi kadang-kadang banyak pula noise (gangguan). ‘Composition’, bagaimana kita mengatur subjek, latar belakang, latar depan dan lain-lain.

“Kita nak subjek kita itu ‘background’ dia macam mana. Kita ubahlah ‘angle’ (sudut). Semua ini kita atur untuk gambar jadi menarik,” katanya pada hantaran Facebook semalam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)


Muhammad Sanusi berkata, seseorang jurufoto perlu mempunyai ‘sikap’ bukan ‘reda apa yang ada’.

“Itu akan membezakan antara seorang jurufoto dan camera owner (pemilik kamera). Kita yang kawal peralatan kita, bukan sebaliknya,” katanya diakhiri nama Abang Kumira.

Pada hantaran itu juga, beliau turut berkongsi video sedang mengambil gambar dalam satu majlis dipercayai anjuran PAS, iaitu sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Warganet yang menyaksikan video berkenaan turut memuji Sanusi yang disifatkan sebagai pemimpin yang bermula dari bawah sehingga kini bergelar menteri besar.

“Sedih pulak tengok video ni. Dulu berada di belakang pemimpin skrang MB tunggak utama pemimpin Kedah. Betul la kita tidak akan selalu berada di bawah. Jika kita usaha pasti ada hasilnya. Abang Kumira adalah buktinya,” kata Nurhidayu Isahak.

“Kemaih MB.. serba boleh.. tu beza orang yang bermula dari bawah.. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan kita semua,” kata Assrul Reedza Zulkifli.

“Nampak perjalanan hidup Sanusi, beliau isi dengan ilmu. Segala benda lah beliau boleh buat. Fuhh bukan biasa-biasa MB korang. Saya turut bangga walau bukan dari Kedah. Jaga baik-baik MB hampa ni,” kata Elly AJ. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button