Saravanan redah hujan jumpa penduduk Chenderiang

Tapah, Nov 4 — Menjelang penamaan calon esok, hujan lebat sejak lewat petang tidak menghalang penyandang kerusi Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan untuk turun padang mendekati penduduk Chenderiang, di sini.
Dikenali sebagai pemimpin yang dekat di hati penduduk setempat, ia dapat dilihat dengan sambutan penduduk tanpa mengira bangsa dan agama yang hadir pada Program Rumah Terbuka Deepavali Komuniti Chenderiang.
Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia, meluangkan masa kira-kira 1 jam untuk bersama lebih 300 penduduk Chenderiang.
Pada program berkenaan, Saravanan turut meraikan kanak-kanak yang hadir dengan pemberian duit raya sempena Deepavali serta cabutan bertuah.
Turut hadir, calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang, Choong Shin Heng; Ketua MIC Bahagian Tapah, Roa Krishnan dan Pengerusi Penduduk Batu Tiga, Chenderiang dan Temoh, Jamal Yasin.
Program anjuran Barisan Nasional (BN) Chenderiang itu mendapat sambutan penduduk sekitar dan orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar bersama mereka.
Saravanan bukan nama asing di Tapah malah disayangi sebilangan besar penduduk di parlimen itu kerana rekod trek beliau yang bersih.
Malah, Ahli Parlimen Tapah selama 3 penggal ini dilihat sebagai ahli politik yang bukan sahaja turun ketika musim pilihanraya tetapi menjaga kebajikan pengundi sepanjang masa.
Le Viagra pour homme est un médicament bien connu pour traiter efficacement la dysfonction érectile. Ce médicament contient du sildénafil, qui stimule le flux sanguin vers le pénis, améliorant ainsi la capacité à obtenir et à maintenir une érection durant les rapports sexuels. C’est une solution sûre pour les hommes voulant améliorer leur performance sexuelle. Pour plus d’informations, consultez notre .