Berita

“Saya jauh lagi miskin dari Rafizi” – Saarani

IPOH Nov 9 – – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menjelaskan tiada masalah baginya untuk mengisytiharkan harta.

Ini kerana katanya, jumlah hartanya amat sedikit jika hendak dibandingan dengan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

“Setakat ini, pengisytiharan harta tidak menjadi syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk calon tapi saya tiada masalah untuk berbuat demikian. Kita pun bukanlah kaya mana jika hendak bandingkan saya dengan Rafizi, saya jauh lagi miskin.

“Hendak banding saya dengan calon PKR Tanah Merah (Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor), saya amat jauh miskin.

“Hendak dibanding saya dengan Nga Kor Ming, saya sangat-sangat miskin. Saya tidak bimbang langsung jika perlu mengisytiharkan harta,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Pelancaran Manifesto BN Perak di Padang Permainan Meru Raya, Taman Meru Permai, malam tadi.

Menurut Saarani, beliau turut lberdebar-debar menanti Anwar dan Wan Azizah untuk mengisytiharkan harta mereka.

Sebelum ini, calon kerusi Parlimen Pandan itu mengisytiharkan memiliki aset bersih berjumlah RM18,851,350 yang sebahagian besarnya adalah pegangan dalam Invoke.

PKR menetapkan syarat setiap calonnya perlu melakukan pengisytiharan harta untuk bertanding dalam PRU15.

Langkah itu dilaksanakan untuk menghapuskan pandangan serong pengundi terutama dalam kalangan anak muda terhadap aset dimiliki pemimpin.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button