Berita

Saya minta maaf ia menjadi sehingga ke tahap ini – KJ

Malaysia kini seolah-olah memasuki era wild west selepas bahan nikotin itu tidak lagi dikawal oleh undang-undang.

KUALA LUMPUR 17 Julai – Penjualan wape di Malaysia semakin meruncing apabila bahan tersebut boleh dibeli dengan mudah oleh golongan kanak-kanak bawah 18 tahun.

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jalamuddin Abu Bakar berkata, Malaysia kini seolah-olah memasuki era wild west selepas bahan nikotin itu tidak lagi dikawal oleh undang-undang

Serentak itu Khairy memohon maaf kerana rakyat terpaksa berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan tersebut.

Khairy mengulas laporan sebuah media asing, Al Jazera dalam program siasatan 101 East yang memaparkan betapa mudah untuk kanak-kanan bawah umur membeli bahan nikotin di negera ini.

“Ya, ada isu penguatkuasaan sebelum ini tetapi kami kerap bertindak terhadap penjualan vape terutamanya kepada golongan bawah umur dan produk vape tidak dapat diiklankan.

“Kini ia adalah wild west di Malaysia. Tiada penguatkuasaan kerana tiada undang-undang terhadap vape. Saya minta maaf ia menjadi sehingga ke tahap ini,” kata Khairy dalam ciapan di Twitter.

Dalam laporan penyiasatan 101 East, media antarabangsa itu mengunjungi enam kedai vape di ibu negara.

Laporan itu menyebut tidak ada satu kedai pun yang meminta kad pengenalan bagi pengesahan umur walaupun terdapat notis yang memaparkan bahawa bahan berkenaan hanya boleh dibeli oleh mereka yang berusia 18 tahun ke atas. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button