Selain Malaysia, ini enam negara yang turut mansuhkan hukuman mati mandatori
Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 19 Mac lalu bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

KUALA LUMPUR 24 Mac – Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 19 Mac lalu bersetuju dengan beberapa dasar baharu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.
Antara dasar itu ialah tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori, sebaliknya, hukuman alternatif baharu adalah hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Selain itu, hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai satu hukuman dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang; hukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian, melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bukan itu sahaja, satu Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.
Perkara ini tidak hanya terjadi Malaysia, malah ratusan lagi negara sudah mula melaksanakan tindakan sama terhadap rakyat mereka. Ini antaranya yang terkini:
2017 – GUINEA memansuhkan hukuman mati bagi kesemua jenayah sebelum disusuli Kenya yang memansuhkan hukuman mati mandatori bagi jenayah membunuh.
2018 – Burkina Faso memamsuhkan hukuman mati bagi kesemua jenayah.
2020 – Negara Chad memansuhkan hukuman mati penalti bagi kesemua jenayah.
2021 – Kazakhstan dan Sierra Leone turut memansuhkan hukuman mati penalti bagi kesemua jenayah,
2022 – Papua New Guinea, Republik Afrika Tengah, Equatorial Guinea dan Zambia memansuhkan hukuman mati penalty bagi kesemua jenayah.
5 alasan mengapa hukuman mati harus dimansuhkan:
1. Orang yang dihukum mati tidak boleh dihidupkan lagi, namun kesalahan masih boleh terjadi.
Sejak 1973, lebih dari 160 banduan yang dijatuhi hukuman mati di Amerika Syarikat kemudian dibebaskan kerana terbukti tidak bersalah.
2. Hukuman mati boleh cenderung kepada diskriminasi terhadap mereka yang punya latar belakang sosial dan ekonomi yang dianggap lebih lemah.
Mereka yang tergolong dalam kalangan yang tidak berkemampuan kebiasaannya gagal mendapatkan khidmat guaman yang terbaik. Sebagai contoh, dalam kes berkaitan dadah, faktor sosial-ekonomi yang meningkatkan risiko atau menyebabkan seseorang terlibat dalam pengedaran dadah sering diabaikan.
3. Hukuman mati sering digunakan dalam sistem keadilan yang tidak adil.
Dalam banyak kes yang dicatat Amnesty International, mereka yang dijatuhi hukuman mati dalam perbicaraan mahkamah yang sangat tidak adil, atas dasar bukti tidak benar yang didapati dari hasil penyiksaan.
4. Hukuman mati tidak berkesan dalam mengurangi kejahatan.
Negara-negara yang melaksanakan hukuman mati biasanya yakin hukuman mati adalah cara terakhir untuk mencegah orang melakukan kejahatan. Tapi, tiada bukti bahawa hukuman mati lebih efektif dalam mengurangkan kejahatan daripada hukuman penjara seumur hidup. Hukuman mati juga sering membuat negara merasa ‘lega’, dan melupakan perubahan sistemik yang sebenarnya perlu dilakukan untuk menghapuskan jenayah.
5. Hukuman mati sering digunakan sebagai alat politik.
Sebagai contoh di Iran dan Sudan, menggunakan hukuman mati untuk menghukum lawan politik. Hukuman mati juga sering digunakan sebagai ‘ubat penenang’ untuk rakyat yang ketakutan, biarpun hukuman itu bukan cara paling efektif untuk benar-benar membasmi jenayah. – Xklusif