Santai

Selesa dan bergaya di hari raya bersama XES Shoes

KUALA LUMPUR 13 Mac – Hari Raya adalah saat yang penuh kegembiraan, di mana ahli keluarga dan rakan berkumpul untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Bagi memeriahkan suasana, keperluan untuk tampil bergaya dan selesa semakin meningkat. Inilah masanya untuk melengkapkan penampilan anda dengan kasut yang istimewa.

Justeru, XES Shoes, jenama tempatan yang terkenal dengan kualiti dan rekaan trendy serta mesra poket, menjadi pilihan yang sempurna untuk memenuhi keperluan fesyen anda semasa Hari Raya.

Dengan pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan wanita, XES Shoes menawarkan gaya yang sesuai untuk setiap perayaan.

Selain itu, menurut Pengasas dan Pengarah Urusan XES Shoes, Simpson Wong, jenama ini turut memahami kepelbagaian citarasa dan gaya.

“Lebih istimewa, jenama ini menawarkan pembelian mengikut kategori yang terdiri daripada sepuluh kategori di laman sesawang rasmi XES Shoes.

“Bagi lelaki, terdapat pelbagai pilihan seperti jenis kasut kasual, sandals, sneakers, boots, dress dan loafers. Manakala bagi wanita pula, kasut seperti kasut tinggi, wedges, sandals, sneakers, flats, loafers dan kasual turut ditawarkan,” katanya.

XES Shoes menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama golongan anak yatim

Tambah Simpson lagi, kepakaran jenama ini dalam memenuhi kehendak pelanggan untuk mencapai keselesaan pemakaian kasut dapat diserlahkan dengan penjualan aksesori kasut seperti bahan penjagaan kasut dan sarung kaki yang dipasarkan di semua rangkaian cawangan.

“Ketelitian XES Shoes dalam penggayaan kasut ini tidak terhad kepada kasut sahaja, malah beg tangan wanita juga turut dipasarkan bagi memenuhi kehendak wanita untuk berfesyen selari dengan sifat wanita yang suka bergaya.

“Pilihan seperti sling bag, shoulder bag, canvas bag, wallet, pouch dan belt bag juga tersedia buat anda. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan, termasuk kasut formal, kasut kasual, dan sandal yang sesuai untuk pelbagai acara semasa Hari Raya ini.

“Dengan pelbagai pilihan yang ada, anda pasti dapat menemui kasut serta beg yang sesuai dengan gaya peribadi anda,” katanya.

Jelas Simpson lagi, produk kebanggaan mereka pastinya menepati harga dan citarasa tempatan.

“Sekarang, XES Shoes sedang membuat ‘Promosi Kasut Raya Viral’ bersempena dengan Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

“Kasut dari XES Shoes tidak hanya menawarkan keselesaan, tetapi juga menonjolkan keanggunan dan ‘style’ yang tersendiri. Dengan rekaan yang terkini dan bahan berkualiti tinggi, setiap pasang kasut adalah pelengkap yang sempurna untuk digayakan bersama baju raya anda.

“Dengan pembelian melebihi RM120, anda berpeluang untuk menerima sampul duit raya edisi terhad secara percuma! Tambahan pula, apabila pembelian anda melebihi RM180, anda tidak hanya akan mendapatkan sampul duit raya edisi terhad, malah turut menerima paper bag XES Shoes edisi terhad secara percuma,” katanya.

Simpson berkata lagi, sejak tahun 2018, XES Shoes tidak pernah lupa menjalankan pelbagai lawatan amal untuk mengagihkan bantuan kepada keluarga atau sesebuah organisasi yang memerlukan.

“XES Shoes juga
telah melancarkan kempen “20sen Untuk Sesama” sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami. Usaha ini dapat dilihat apabila setiap pasang kasut yang berjaya dijual akan disumbangkan sebanyak 20sen kepada projek “Kongsi Rezeki Bersama XES”.

“XES Shoes mempunyai sasaran untuk memberi bantuan daripada segi kewangan dan perubatan kepada keluarga B40, rumah anak yatim, rumah penjagaan serta golongan memerlukan yang lain.

“Sebagai jenama Malaysia, XES Shoes mahu menggalas tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik buat masyarakat tempatan,” katanya.

XES Shoes merupakan sebuah jenama Malaysia yang telah ditubuhkan selama 22 tahun sejak 2002.

Bermula dengan sebuah cawangan di Wangsa Maju, kini XES Shoes mempunyai lebih daripada 140 rangkaian kedai di seluruh negara.

Berkat daripada keazaman yang tidak pernah mengenal erti putus asa telah membuatkan XES Shoes berjaya menempatkan nama di kemuncak persaingan sengit antara jenama-jenama kasut tempatan.

Pencapaian XES Shoes sebagai jenama pilihan rakyat Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi apabila jenama ini telah diiktiraf sebagai Most “Malaysian Brand” Shoe Outlet Chain Store dan Superbrands Malaysia’s Choice Award.

Berbekalkan semangat juang yang tinggi serta pengetahuan dan kemahiran dalam pembuatan kasut, XES Shoes bertungkus-lumus untuk memastikan kualiti kasut mereka terjamin dengan menawarkan harga yang berpatutan selari dengan matlamat untuk menjaga mutu produk serta memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button