Viral

(VIDEO) Sembilan motosikal, kelas Kafa terbakar di Pangsapuri Sri Penara

Kebakaran di Sri Penara itu tidak melibatkan mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan

KUALA LUMPUR 20 Sept – Sembilan motosikal terbakar dalam kejadian kebakaran di Block C, Pangsapuri Sri Penara, Jalan Permaisuri, di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Hisam Mamat berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.41 malam.

 

Susulan itu, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sri Penara
Keadaan motosikal yang terbakar

“Setibanya anggota di lokasi mendapati, kebakaran melibatkan sembilan buah motosikal dengan enam daripadanya musnah 100 peratus manakala tiga lagi motosikal hanya 10 peratus terbakar.

“Insiden itu turut melibatkan sebuah bilik Kafa di sekolah agama berdekatan dan peratusan kemusnahan kebakaran dianggarkan hanya lima peratus,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, kebakaran itu tidak melibatkan mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.56 malam.

Turut tular di laman sosial video kejadian berkenaan sehingga mendapat tontonan ribuan warganet sejak malam tadi. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button