Berita

Seorang lemas, empat masih hilang dalam kejadian kepala air di Tapah

Ketika kejadian, kesemua mangsa termasuk tiga kanak-kanak terbabit dikatakan sedang berkelah berhampiran sungai di kawasan berkenaan

TAPAH 7 Feb – Seorang wanita ditemui maut akibat lemas manakala empat lagi masih hilang dalam kejadian kepala air di Kampung Poh dekat Bidor pada Rabu.

Ketika kejadian, kesemua mangsa termasuk tiga kanak-kanak terbabit dikatakan sedang berkelah berhampiran sungai di kawasan berkenaan.

Mayat wanita terbabit ditemukan penduduk kampung kira-kira 1 kilometer dari tempat berkelah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada jam 4.03 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Operasi mencari sedang digerakkan bagi mengesan semua mangsa terlibat,” katanya.

Semasa kejadian, terdapat seorang lagi wanita bersama kanak-kanak berusia 12 tahun, bagaimanapun mereka terselamat dalam kejadian itu. – Sinar Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button