Berita

Seorang maut, rakan terselamat dalam runtuhan kuari di Banting

Bomba menemui mangsa kedua selepas pencarian selama kira-kira dua jam, namun mangsa disahkan meninggal dunia

KUALA LANGAT 4 Jan – Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas mereka tertimbus dalam tanah runtuh di tapak kuari di Bandar Saujana Putra, Banting, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mangsa yang maut dikeluarkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang pada 6.42 petang.

Katanya, terdahulu, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 4.32 petang.

“Sebaik pasukan tiba, didapati berlaku runtuhan di tapak kuari pada kedalaman 1.2 meter, yang membabitkan dua mangsa lelaki tempatan berusia 30-an.

“Seorang mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyelamat menemui mangsa kedua selepas pencarian selama kira-kira dua jam, namun mangsa disahkan meninggal dunia.- Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button